May 31, 2016

aku akhiri bulan mei ini dengan

puisi daripada na tae joo, wildflower

you have to look closely for its loveliness
you have to look for a long time
to realize, that it is lovable
you too, are also like that

awak semua boleh jadi wildflower atau lebih wild daripada itu dengan menyedari awak mempunyai debunga terbaik untuk dicambahkan. Untuk mereka yang masih belum sedar, awaklah wildflower yang sedang diingatkan tapi jika awak telah tersedar, saya tekankan lagi sekali ayat ''you have to look for a long time''

dan aku tutupkan bulan mei, bulan kegemaran masihi aku dengan mendoakan agar hari-hari yang mendatang kita lebih mengenali dan mencari ruang 'lovable' dalam diri dan sebarkan

p/s: puisi ni pernah dibacakan goo nam soon (lee jong suk) dalam kdrama school 2013 <3 p="">

Apr 21, 2016

Interview Asasi Pengurusan UUM

Interview Asasi Pengurusan UUM

Yay ini interview kedua selepas YTN. Okay, kita semua tahu UUM ni kat utagha sana tu tapi dia pun ada di branch KL. So, aku yang duduk Pahang ni kena pergi iv kat UUM KL.
Aku dah usyar UUM ni sebelum SPM lagi hahah tapi before pergi iv aku study lagi and cari kat twitter pulak. Biasanya orang kat UUM sintok interview lagi awal, so korek2 lah kat diorang dulu.

Disebabkan jadual padat, aku & ayah aku bertolak dari Pekan pukul 3 pagi dan Alhamdulillah sempat sampai pukul 8:15 pagi.

Daftar start pukul 8:30 so masa tu dia Cuma mintak borang permohonan & surat jemputan temuduga. (Pfft penat betul aku bergaduh dengan printer aku sebab nak print/photostat sijil tapi dia tak nak pun salinan ugh) Pastu dapat nombor giliran. Masa aku sampai, 20 nombor pertama dah kena tunggu depan bilik. Aku 20 yang ketiga sebab aku nombor 38.

Aku ingatkan lagi sekali, interview ni UPU. Ramai gila orang!!!!!

Interviewer cuma 5-6 Professors sahaja! So, kau boleh bayangkan betapa dia malas nak dengar cerita kau. Betapa banyak dia dengar jawapan sama. So, be outstanding!

LAMA GILA TUNGGU SO KALAU TAK BREAKFAST BETTER PERGI MAKAN DULU. Tapi UUM ada ah sediakan Apollo cemtu. Aku dah ah bertolak pukul 3 pagi kah kah memang cuba ah tahan ngantuk. Ada ah akak staff ni terlebih ramah nak borak dengan kau and group kau, tapi suara dia slow sangat tak dengar tapi punyalah banyak benda dia tnya, aku ingat kan interview dah start hahah rupanya dia tukang belek sijil tapi dia tak buat apa pun dgn sijil tu pfft. Pastu dia tegur aku tak bawak sijil lahir, aku cakap IC pun boleh kan pfft.

Pukul 11 cemtu baru turn kitorang (31-40) so akan ada 10 orang masuk bilik interview. Bonus lah untuk kau yang nombor 40 sebab dah boleh tau soalan apa en. Cam aku nombor 38 so dah ready ah sikit.

OKAY THE BEST PART: Soalan yang ditanya kah kah (aku tau korang tak sabar)
-Cerita pasal diri and koku
-Dapat matriks tak, (kalau dapat, dia psycho, dia tanya asal tak gi matriks je dekat dgn rumah hahah dia saja je so kalau kau gelabah nanti dia gelak kah kah
-Lepas foundation, nak buat apa?

Okay tu je soalan dia tanya weh. Tu je. Tapi aku tak puas hati sebab turn aku nak cakap pasal koku (turn nak tunjuk kehebatan) dia potong weh huhuhuhuhu dia terus tanya lepas foundation nak buat apa. Dahlah diorang semua tak tengok sijil pun, so make sure masa lengkapkan BORANG PERMOHONAN KORANG DAH TULIS PASAL KOKU YANG GEMPAK2.

Soalan dia tanya dalam BM, tapi 7 orang sebelum aku dah jawab BM, aku cuba ah nak speaking. (sebab bagi aku itu je cara nak menyerlah luls) Kah kah aku confident sebab aku rasa soalan dia senang en. Tapi cakap sikit, kena potong, frust betul aku. Kah kah tapi aku faham, ye ah, ramai orang en. 

Yang betul-betul akan menyerlah kalau kau dapat 9A, budak MRSM/SBP, wakil negara. Kalau kau tergolong dalam tu, interviewer tu barulah pandang muka kau masa kau cakap, kalau tak diorang pandang kertas je tak habis-habis tanda amende ntah. Kesian gak ah kat orang yang kena ignore.
OMG takpe ke aku buat statement cemni hahah. Tapi, aku faham interviewer pun manusia. Sebab tu, aku nak pesan untuk yang akan datang, faham jugak situasi ni so korang tak ah frust sangat en. Tapi tulah pelik juga ken macamana sebenarnya diorang pilih kita ni, senang cerita, aku dapat konklusikan, diorang sebenarnya dah sort dah kita dari awal. Cuma datang nak tengok kita cakap je. 

So, buat apa nak gelabah, jadi diri kau sendiri. Prepare ah point penting dalam diri kau. Sebab kau mungkin akan cuma cakap 5-6 ayat je masa interview kah kah.
Aku habis pukul 11:30 pagi wth. Aku datang pukul 8:30 tunggu 3 jam and interview cuma sempat cakap 5-6 ayat je. Cuba bayangkan orang yang datang pukul 8 and dapat no giliran 70 lebih kah kah. 

Wonder jugak interview Asasi Pengurusan tapi pengurusan interview tu sendiri tak berapa nak 5 bintang.

Apa-apa pun selamat Berjaya, kalau kau betul-betul nak asasi ni, pergilah dengan yakin. Kalau setakat nak amik pengalaman, bergembiralah. Kalau kena paksa, aku nasihatkan tak payahlah datang buat semak je. Selamat Berjaya!



Apr 11, 2016

Tentang keberalihan musim.

Memilih perkataan 'musim' sebagai keyword untuk post kali ini sebab lagu Seo In guk (Seasons of the heart) tengah on repeat. Gabungan irama lentok-tak-lentok dan menenangkan. Musim hati aku kalini; meluahkan.

Musim meluahkan yang aku sebenarnya tunggu-tunggu setelah jemu dengan musim: bertahan, diam, membiarkan. Semua orang yang kenal aku tahu, aku cuma luah dengan dua cara, menulis & main (dan dalam doa, tapi ni tak kira sebab doa tak kira musim).

Aku dah lepas fasa sekolah menengah (yeay?) tapi tak membawa sebarang perubahan pun dalam diri aku. Misi, impian, jiwa aku sama. Cuma, masa yang lebih lapang (yeay yeay?)

Mujur, sebelum aku keluar sekolah menengah, aku sempat baca buku, Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, aku dapat sedikit pencerahan tentang pendidikan di negara aku sendiri (Terima kasih, Qistina, dia belikan aku buku ni kat Kino), jadi secara tak langsung buat aku tenang dan bersedia untuk ke musim seterusnya.

Jadi, lebih kurang 5 bulan (korek biasiswa sana-sini, asah kemahiran hidup, berniaga, menelaah semua movie dan buku, makan-tidur-makan-tidur, bersuka-ria)
aku terfikir: GEMBIRANYA HIDUP BEGINI

                                                                       
Sampai satu tahap tu, kita rasa kita kena ulang semula kehidupan sama---

kita akan rasa penat, kecewa dengan diri sendiri, kadang-kadang gaduh dengan member-member sebab benda remeh, geram dengan orang yang potong barisan, mengamuk tak tentu hala (padahal sebab lapar je pun), mengeluh dengan kerja bertimbunan, menyampah dengan orang yang tak reti tutup pintu semula lepas keluar---- yaaaaaaaa, benda tu akan berulang dan ulang dan ulang, tapi kita semua biarkan je benda berulang kerana kita tahu tujuan hidup kita bukanlah itu, itu-itu cuma transisi semata-mata.

   

Apa-apa pun kehidupan ini masih perlu diteruskan, ilmu perlu diterokakan, rahsia harus dibongkarkan.

Selamat!


Mar 30, 2016

Interview YTN TNB

Interview TNB ( YTN Scholarship )

Perkongsian untuk bakal ditemuduga dan untuk pembaca. Faham perasaan bila bersyukur gila ada orang share tips/pengalaman so boleh dapat gambaran macamana en?

Interview ni berlangsung di RnR hotel, Uniten. Jadi, selepas berbincang dengan keluarga, kami menempah hotel sehari sebelum temuduga sebab datang dari Pahang. Hehe. Best sebab keluar bilik, turun lif terus sampai tempat tempat nak interview.
Biasanya, ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Saya dapat sesi petang. (Alhamdulillah)
Bila sampai je, tunggu turn nak daftar ikut huruf diberi. Huruf tu saja je sebab senang dia nak check kehadiran. Masa daftar, terus dia check sijil/dokumen, kalau tak lengkap dia akan cuba suruh kita lengkapkan kalau tak, bagi nanti. Macam saya, tak lengkap surat bukti mak tu kerja suri rumah. (Lol kelakar en kena buat surat bukti mak kerja suri rumah) haha tulah tapi sebab ni kan biasiswa untuk bantu pelajar so patutlah kot dia minta. Masa daftar pun diorang dah start acah acah psiko dah. Haha tapi chill dia nak cuba-cuba sembang. (Tips dari Faeizah yang lagi awal kena interview; be friendly!)

Lepas dah daftar, taklimat sikit dari pihak ytn. Dia bagi pencerahan sikit pasal ytn ni haaa pastu cerita sikit pasal TNB (masa tu boleh ah take note kot2 tak study lagi pasal tnb). Lepas habis taklimat, ada writing session. Chill. Soalan dia simple je cam KBKK/KBAT tapi takde salah or betul. Boleh mix bm/bi. Tapi masa tak cukup, so jangan fikir lama, terus tulis jawapan. Lebih kurang 10 soalan.

Contoh soalan
-siapa bagi awak inspirasi, kenapa?
-hobi apa and camne boleh bantu diri?
-apa nilai yg awak pegang selama ni?

Tips: Takyah ah nak jawab skema sangat, sumpah aku buat cam mind map je kat situ hahah sebab nak kejar masa kah kah. Yang penting, point kita tu menyerlah.

Lepas writing session, dia amek gambar pastu amek makanan roti and air kotak, terus tunggu kat depan bilik interview. Sambil tunggu tu boraklah sikit hilang nervous, korek2 maklumat ke hahah. Cam saya, ada 3 orang je amik business waktu tu, so yang lain engineering. Kuranglah sikit rasa persaingan en walaupun sebenarnya takut gak heheh. Jangan risau, semua orang akan friendly kalau kita sendiri friendly heheh.

Kadang-kadang pakcik2 kat luar tu tak habis-habis nak takutkan, kita chill je buat buat gelak, borak2 dengan dia. Masa tu, satu-per-satu keluar bilik menangis. Hmm, ada jugak terdengar dari luar bilik tu orang kena command kawad lah, kena azan lah hahah tapi masa tu cakap kat diri, ah interviewer ni semua saja je, mesti diorang bosan kah kah.
Ting! Masa tu nama aku dah kena panggil, masuk bilik ada orang sambut and bagi dokumen pastu jangan duduk lagi! Dia suruh pergi whiteboard and lukis something kaitkan dgn diri and explain. (Masa ni dia tanya dalam BM)

Pastu mungkin dia fikir aku tak boleh speaking so dia uji aku dengan tanya English pulak. So, tell me about your cocu activities, ek eleh aku Puteri kot mesti ah boleh handle. Kah kah pastu jawab ah, YAKIN AU. Tapi, diorang akan potong kau cakap sbb nahh diorang tau ah, diorang boleh tengok sijil kot hahah. Diorang akan banyak provoke cam , ‘eleh yeke?’ ‘awak boleh ke handle semua ni?’ ‘awak ni aktif sukan nanti boleh ke duduk kat office yg bosan kat tnb?’ ‘masa kat tnb mana boleh buat bisnes’ blab la bla so apa yang kau kena buat, senyum, sabar, rileks, jawab macam biasa tapi ingat jangan macam nak melawan pulak, bagi alasan yang kukuh. Kah kah. Dia tak tanya pun apa apa pasal TNB(tapi prepare je kay)  Aku cam bayangkan aku dalam perdebatan hahah tapi bagi aku best ah iv macam ni, baru kau boleh tau power kau tahap mana, hahah patutlah ada orang menangis.

Alhamdulillah, aku boleh pikul lagi tembakan soalan diorang tu dan masih berharap aku antara yang dipilih. Result keluar 2nd week of May. In sha Allah boleh!

Ingat, kau datang interview untuk tunjuk diri kau siapa. Maksudnya, tunjuk hebatlah dan YAKIN!
Terima Kasih TNB untuk pengalaman dan peluang, 3 penemuduga yang tak kurang hebatnya (Tuan Ariff je sorang tahu nama, 2 lagi dirahsiakan) dan Faeizah (pija taugeh) yang bagi dorongan dan umi abi (fuh the best) yang bagi sokongan!


Itu je rasanya, kalau ada apa-apa bolehlah tanya, heheh. Selamat Berjaya!

Total Pageviews

new heroes by ten ❤