Mar 30, 2016

Interview YTN TNB

Interview TNB ( YTN Scholarship )

Perkongsian untuk bakal ditemuduga dan untuk pembaca. Faham perasaan bila bersyukur gila ada orang share tips/pengalaman so boleh dapat gambaran macamana en?

Interview ni berlangsung di RnR hotel, Uniten. Jadi, selepas berbincang dengan keluarga, kami menempah hotel sehari sebelum temuduga sebab datang dari Pahang. Hehe. Best sebab keluar bilik, turun lif terus sampai tempat tempat nak interview.
Biasanya, ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Saya dapat sesi petang. (Alhamdulillah)
Bila sampai je, tunggu turn nak daftar ikut huruf diberi. Huruf tu saja je sebab senang dia nak check kehadiran. Masa daftar, terus dia check sijil/dokumen, kalau tak lengkap dia akan cuba suruh kita lengkapkan kalau tak, bagi nanti. Macam saya, tak lengkap surat bukti mak tu kerja suri rumah. (Lol kelakar en kena buat surat bukti mak kerja suri rumah) haha tulah tapi sebab ni kan biasiswa untuk bantu pelajar so patutlah kot dia minta. Masa daftar pun diorang dah start acah acah psiko dah. Haha tapi chill dia nak cuba-cuba sembang. (Tips dari Faeizah yang lagi awal kena interview; be friendly!)

Lepas dah daftar, taklimat sikit dari pihak ytn. Dia bagi pencerahan sikit pasal ytn ni haaa pastu cerita sikit pasal TNB (masa tu boleh ah take note kot2 tak study lagi pasal tnb). Lepas habis taklimat, ada writing session. Chill. Soalan dia simple je cam KBKK/KBAT tapi takde salah or betul. Boleh mix bm/bi. Tapi masa tak cukup, so jangan fikir lama, terus tulis jawapan. Lebih kurang 10 soalan.

Contoh soalan
-siapa bagi awak inspirasi, kenapa?
-hobi apa and camne boleh bantu diri?
-apa nilai yg awak pegang selama ni?

Tips: Takyah ah nak jawab skema sangat, sumpah aku buat cam mind map je kat situ hahah sebab nak kejar masa kah kah. Yang penting, point kita tu menyerlah.

Lepas writing session, dia amek gambar pastu amek makanan roti and air kotak, terus tunggu kat depan bilik interview. Sambil tunggu tu boraklah sikit hilang nervous, korek2 maklumat ke hahah. Cam saya, ada 3 orang je amik business waktu tu, so yang lain engineering. Kuranglah sikit rasa persaingan en walaupun sebenarnya takut gak heheh. Jangan risau, semua orang akan friendly kalau kita sendiri friendly heheh.

Kadang-kadang pakcik2 kat luar tu tak habis-habis nak takutkan, kita chill je buat buat gelak, borak2 dengan dia. Masa tu, satu-per-satu keluar bilik menangis. Hmm, ada jugak terdengar dari luar bilik tu orang kena command kawad lah, kena azan lah hahah tapi masa tu cakap kat diri, ah interviewer ni semua saja je, mesti diorang bosan kah kah.
Ting! Masa tu nama aku dah kena panggil, masuk bilik ada orang sambut and bagi dokumen pastu jangan duduk lagi! Dia suruh pergi whiteboard and lukis something kaitkan dgn diri and explain. (Masa ni dia tanya dalam BM)

Pastu mungkin dia fikir aku tak boleh speaking so dia uji aku dengan tanya English pulak. So, tell me about your cocu activities, ek eleh aku Puteri kot mesti ah boleh handle. Kah kah pastu jawab ah, YAKIN AU. Tapi, diorang akan potong kau cakap sbb nahh diorang tau ah, diorang boleh tengok sijil kot hahah. Diorang akan banyak provoke cam , ‘eleh yeke?’ ‘awak boleh ke handle semua ni?’ ‘awak ni aktif sukan nanti boleh ke duduk kat office yg bosan kat tnb?’ ‘masa kat tnb mana boleh buat bisnes’ blab la bla so apa yang kau kena buat, senyum, sabar, rileks, jawab macam biasa tapi ingat jangan macam nak melawan pulak, bagi alasan yang kukuh. Kah kah. Dia tak tanya pun apa apa pasal TNB(tapi prepare je kay)  Aku cam bayangkan aku dalam perdebatan hahah tapi bagi aku best ah iv macam ni, baru kau boleh tau power kau tahap mana, hahah patutlah ada orang menangis.

Alhamdulillah, aku boleh pikul lagi tembakan soalan diorang tu dan masih berharap aku antara yang dipilih. Result keluar 2nd week of May. In sha Allah boleh!

Ingat, kau datang interview untuk tunjuk diri kau siapa. Maksudnya, tunjuk hebatlah dan YAKIN!
Terima Kasih TNB untuk pengalaman dan peluang, 3 penemuduga yang tak kurang hebatnya (Tuan Ariff je sorang tahu nama, 2 lagi dirahsiakan) dan Faeizah (pija taugeh) yang bagi dorongan dan umi abi (fuh the best) yang bagi sokongan!


Itu je rasanya, kalau ada apa-apa bolehlah tanya, heheh. Selamat Berjaya!

Total Pageviews

new heroes by ten ❤