Interview Asasi
Pengurusan UUM
Yay ini interview kedua selepas YTN. Okay, kita semua tahu
UUM ni kat utagha sana tu tapi dia pun ada di branch KL. So, aku yang duduk
Pahang ni kena pergi iv kat UUM KL.
Aku dah usyar UUM ni sebelum SPM lagi hahah tapi before
pergi iv aku study lagi and cari kat twitter pulak. Biasanya orang kat UUM
sintok interview lagi awal, so korek2 lah kat diorang dulu.
Disebabkan jadual padat, aku & ayah aku bertolak dari
Pekan pukul 3 pagi dan Alhamdulillah sempat sampai pukul 8:15 pagi.
Daftar start pukul 8:30 so masa tu dia Cuma mintak borang
permohonan & surat jemputan temuduga. (Pfft penat betul aku bergaduh dengan
printer aku sebab nak print/photostat sijil tapi dia tak nak pun salinan ugh)
Pastu dapat nombor giliran. Masa aku sampai, 20 nombor pertama dah kena tunggu
depan bilik. Aku 20 yang ketiga sebab aku nombor 38.
Aku ingatkan lagi sekali, interview ni UPU. Ramai gila
orang!!!!!
Interviewer cuma 5-6 Professors sahaja! So, kau boleh
bayangkan betapa dia malas nak dengar cerita kau. Betapa banyak dia dengar
jawapan sama. So, be outstanding!
LAMA GILA TUNGGU SO KALAU TAK BREAKFAST BETTER PERGI MAKAN
DULU. Tapi UUM ada ah sediakan Apollo cemtu. Aku dah ah bertolak pukul 3 pagi
kah kah memang cuba ah tahan ngantuk. Ada ah akak staff ni terlebih ramah nak
borak dengan kau and group kau, tapi suara dia slow sangat tak dengar tapi
punyalah banyak benda dia tnya, aku ingat kan interview dah start hahah rupanya
dia tukang belek sijil tapi dia tak buat apa pun dgn sijil tu pfft. Pastu dia tegur
aku tak bawak sijil lahir, aku cakap IC pun boleh kan pfft.
Pukul 11 cemtu baru turn kitorang (31-40) so akan ada 10
orang masuk bilik interview. Bonus lah untuk kau yang nombor 40 sebab dah boleh
tau soalan apa en. Cam aku nombor 38 so dah ready ah sikit.
OKAY THE BEST PART: Soalan yang ditanya kah kah (aku tau korang
tak sabar)
-Cerita pasal diri and koku
-Dapat matriks tak, (kalau dapat, dia psycho, dia tanya asal
tak gi matriks je dekat dgn rumah hahah dia saja je so kalau kau gelabah nanti
dia gelak kah kah
-Lepas foundation, nak buat apa?
Okay tu je soalan dia tanya weh. Tu je. Tapi aku tak puas
hati sebab turn aku nak cakap pasal koku (turn nak tunjuk kehebatan) dia potong
weh huhuhuhuhu dia terus tanya lepas foundation nak buat apa. Dahlah diorang
semua tak tengok sijil pun, so make sure masa lengkapkan BORANG PERMOHONAN KORANG DAH TULIS
PASAL KOKU YANG GEMPAK2.
Soalan dia tanya dalam BM, tapi 7 orang sebelum aku dah
jawab BM, aku cuba ah nak speaking. (sebab bagi aku itu je cara nak menyerlah
luls) Kah kah aku confident sebab aku rasa soalan dia senang en. Tapi cakap sikit,
kena potong, frust betul aku. Kah kah tapi aku faham, ye ah, ramai orang en.
Yang betul-betul akan menyerlah kalau kau dapat 9A, budak MRSM/SBP, wakil
negara. Kalau kau tergolong dalam tu, interviewer tu barulah pandang muka kau
masa kau cakap, kalau tak diorang pandang kertas je tak habis-habis tanda
amende ntah. Kesian gak ah kat orang yang kena ignore.
OMG takpe ke aku buat statement cemni hahah. Tapi, aku faham
interviewer pun manusia. Sebab tu, aku nak pesan untuk yang akan datang, faham
jugak situasi ni so korang tak ah frust sangat en. Tapi tulah pelik juga ken
macamana sebenarnya diorang pilih kita ni, senang cerita, aku dapat
konklusikan, diorang sebenarnya dah sort dah kita dari awal. Cuma datang nak
tengok kita cakap je.
So, buat apa nak gelabah, jadi diri kau sendiri. Prepare
ah point penting dalam diri kau. Sebab kau mungkin akan cuma cakap 5-6 ayat je
masa interview kah kah.
Aku habis pukul 11:30 pagi wth. Aku datang pukul 8:30 tunggu
3 jam and interview cuma sempat cakap 5-6 ayat je. Cuba bayangkan orang yang
datang pukul 8 and dapat no giliran 70 lebih kah kah.
Wonder jugak interview
Asasi Pengurusan tapi pengurusan interview tu sendiri tak berapa nak 5 bintang.
Apa-apa pun selamat Berjaya, kalau kau betul-betul nak asasi
ni, pergilah dengan yakin. Kalau setakat nak amik pengalaman, bergembiralah.
Kalau kena paksa, aku nasihatkan tak payahlah datang buat semak je. Selamat
Berjaya!