Interview TNB ( YTN
Scholarship )
Perkongsian untuk bakal ditemuduga dan untuk pembaca. Faham
perasaan bila bersyukur gila ada orang share tips/pengalaman so boleh dapat
gambaran macamana en?
Interview ni berlangsung di RnR hotel, Uniten. Jadi, selepas
berbincang dengan keluarga, kami menempah hotel sehari sebelum temuduga sebab
datang dari Pahang. Hehe. Best sebab keluar bilik, turun lif terus sampai
tempat tempat nak interview.
Biasanya, ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Saya dapat
sesi petang. (Alhamdulillah)
Bila sampai je, tunggu turn nak daftar ikut huruf diberi.
Huruf tu saja je sebab senang dia nak check kehadiran. Masa daftar, terus dia
check sijil/dokumen, kalau tak lengkap dia akan cuba suruh kita lengkapkan
kalau tak, bagi nanti. Macam saya, tak lengkap surat bukti mak tu kerja suri
rumah. (Lol kelakar en kena buat surat bukti mak kerja suri rumah) haha tulah
tapi sebab ni kan biasiswa untuk bantu pelajar so patutlah kot dia minta. Masa
daftar pun diorang dah start acah acah psiko dah. Haha tapi chill dia nak
cuba-cuba sembang. (Tips dari Faeizah yang lagi awal kena interview; be
friendly!)
Lepas dah daftar, taklimat sikit dari pihak ytn. Dia bagi
pencerahan sikit pasal ytn ni haaa pastu cerita sikit pasal TNB (masa tu boleh
ah take note kot2 tak study lagi pasal tnb). Lepas habis taklimat, ada writing
session. Chill. Soalan dia simple je cam KBKK/KBAT tapi takde salah or betul.
Boleh mix bm/bi. Tapi masa tak cukup, so jangan fikir lama, terus tulis
jawapan. Lebih kurang 10 soalan.
Contoh soalan
-siapa bagi awak inspirasi, kenapa?
-hobi apa and camne boleh bantu diri?
-apa nilai yg awak pegang selama ni?
Tips: Takyah ah nak jawab skema sangat, sumpah aku buat cam
mind map je kat situ hahah sebab nak kejar masa kah kah. Yang penting, point
kita tu menyerlah.
Lepas writing session, dia amek gambar pastu amek makanan
roti and air kotak, terus tunggu kat depan bilik interview. Sambil tunggu tu
boraklah sikit hilang nervous, korek2 maklumat ke hahah. Cam saya, ada 3 orang
je amik business waktu tu, so yang lain engineering. Kuranglah sikit rasa
persaingan en walaupun sebenarnya takut gak heheh. Jangan risau, semua orang
akan friendly kalau kita sendiri friendly heheh.
Kadang-kadang pakcik2 kat luar tu tak habis-habis nak
takutkan, kita chill je buat buat gelak, borak2 dengan dia. Masa tu,
satu-per-satu keluar bilik menangis. Hmm, ada jugak terdengar dari luar bilik
tu orang kena command kawad lah, kena azan lah hahah tapi masa tu cakap kat
diri, ah interviewer ni semua saja je, mesti diorang bosan kah kah.
Ting! Masa tu nama aku dah kena panggil, masuk bilik ada
orang sambut and bagi dokumen pastu jangan duduk lagi! Dia suruh pergi
whiteboard and lukis something kaitkan dgn diri and explain. (Masa ni dia tanya
dalam BM)
Pastu mungkin dia fikir aku tak boleh speaking so dia uji
aku dengan tanya English pulak. So, tell me about your cocu activities, ek eleh
aku Puteri kot mesti ah boleh handle. Kah kah pastu jawab ah, YAKIN AU. Tapi,
diorang akan potong kau cakap sbb nahh diorang tau ah, diorang boleh tengok
sijil kot hahah. Diorang akan banyak provoke cam , ‘eleh yeke?’ ‘awak boleh ke
handle semua ni?’ ‘awak ni aktif sukan nanti boleh ke duduk kat office yg bosan
kat tnb?’ ‘masa kat tnb mana boleh buat bisnes’ blab la bla so apa yang kau
kena buat, senyum, sabar, rileks, jawab macam biasa tapi ingat jangan macam nak
melawan pulak, bagi alasan yang kukuh. Kah kah. Dia tak tanya pun apa apa pasal
TNB(tapi prepare je kay) Aku cam
bayangkan aku dalam perdebatan hahah tapi bagi aku best ah iv macam ni, baru
kau boleh tau power kau tahap mana, hahah patutlah ada orang menangis.
Alhamdulillah, aku boleh pikul lagi tembakan soalan diorang
tu dan masih berharap aku antara yang dipilih. Result keluar 2nd
week of May. In sha Allah boleh!
Ingat, kau datang interview untuk tunjuk diri kau siapa.
Maksudnya, tunjuk hebatlah dan YAKIN!
Terima Kasih TNB untuk pengalaman dan peluang, 3 penemuduga
yang tak kurang hebatnya (Tuan Ariff je sorang tahu nama, 2 lagi dirahsiakan)
dan Faeizah (pija taugeh) yang bagi dorongan dan umi abi (fuh the best) yang
bagi sokongan!
Itu je rasanya, kalau ada apa-apa bolehlah tanya, heheh.
Selamat Berjaya!